Kangar - 22 Februari 2023: Ahli-ahli Bank Islam Kangar telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2023/2024.
NUBE Northern Region Penang/Kedah/Perlis telah diwakili oleh Saudara Haji Mohamad Ilyas, Bendahari Kehormat merangkap ketua Zon 1, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Saudara Zaini Halidan, Saudara Elias Ahmad dan Saudara Mohd Fariq.
Ahli-ahli diberi penerangan tentang betapa pentingnya perlu menjaga perpaduan sesama ahli dan menjaga NUBE sebaik mungkin. Sokongan padu dari ahli-ahli juga amat penting demi menjayakan program-program anjuran NUBE. Turut diingatkan adalah kekuatan NUBE adalah terletak pada ahli-ahlinya.
Semua ahli telah dinasihatkan agar berwaspada terhadap ancaman pekerjaan di era perbankan digital dan menjaga etika pekerjaan sebaiknya. Ahli-ahli turut dinasihati agar sentiasa bersiap sedia menghadapi arus perubahan di sektor perbankan.
Tahniah diucapkan kepada semua ahli-ahli Bank Islam Kangar & Ahli Jawatankuasa Penyelaras baru dilantik. Diharap semua ahli dapat mengekalkan perpaduan.