KUALA LUMPUR, 25 Februari: NUBE, dengan kendalian Edvantic Edu Academy, telah mengambil usaha untuk menawarkan program latihan "Bengkel Kempen Kesatuan Sekerja" dalam mempromosikan aktiviti dan maklumat tentang NUBE dengan lebih efektif.
Program ini yang diadakan dalam tiga sesi bertujuan memberi pendedahan kepada kaedah penyebaran maklumat yang lebih berkesan dan mengenal pasti cabaran dalam penyebaran maklumat melalui video.
Usaha terkini ini memberi pengetahuan teknikal secara teori dan praktikal kepada para peserta yang datang dari kesemua cawangan. Setiap cawangan menghantar dua orang wakil.
Sesi pertama bengkel telah berlangsung dari 21 hingga 22 Februari manakala sesi kedua pula pada 25 dan 26 Februari. Sesi ketiga akan diadakan pada 2 dan 3 Mac.
Program latihan ini memfokus empat proses penting dalam pembikinan video iaitu mengenai pasti topik (identify), penceritaan (story telling), rakaman (shooting) dan sunting (editing).
Kepimpinan berharap para peserta akan memperoleh kemahiran dan pengetahuan menyebar luas maklumat berkaitan aktiviti organisasi dengan lebih tersusun dan profesional.
Program berlangsung di NUBE House, Brickfields, Kuala Lumpur.