Pada 23 Febuari 2023, NUBE Ipoh telah melawat ahli di Maybank, Pulau Pangkor.
Setiausaha Cawangan, Bro Edwin Salomon, bersama-sama Pengerusi Cawangan, Bro. Mohamad Syukri, turut serta dalam mesyuarat tersebut.
Pegawai NUBE turut berjumpa dengan Penolong Pengurus Cawangan, Mr Yow.
Dalam perjumpaan tersebut, ahli-ahli telah diberi pencerahan tentang isu-isu yang dihadapi oleh ahli-ahli dan diikuti dengan sesi dialog dengan Pegawai Kesatuan.
Ahli-ahli melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada pegawai kesatuan kerana mengadakan mesyuarat yang produktif.