23 Februari 2023 Relau, Penang - Perlantikan Jawatankuasa Penyelaras bagi sesi 2023/2024 di Public Bank Cawangan Relau telah dilakukan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) hari ini.
Sdri Wan Sahariza Selaku IRC Chairman , mengalu - alukan kehadiran Barisan Kepimpinan NUBE NR PKP iaitu Sdr Hj Mohamad Ilyas selaku Bendahari Kehormat, Ahli Jawatankuasa Cawangan iaitu Sdr Zainul dan Sdri Sonia serta Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Alvin dan Saudari Mazira.
'Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah', antara titipan dari Sdr Hj Mohamad Ilyas menerusi ucapannya yang banyak menekankan mengenai pentingnya memelihara Solidariti dan sokongan padu serta bersatu dari akar umbi bagi menghadapi cabaran masa kini dalam perbankan juga organisasi. Beliau juga menasihatkan ahli-ahli untuk sentiasa bersedia menerima pembaharuan pada masa yang akan datang supaya kita terus relevan dalam industri perbankan.
Dalam pada itu, Lawatan kerja di Hong Leong Bank dan Maybank Relau telah dijalankan. Ahli-ahli NUBE PKP telah diberi penerangan mengenai isu-isu terkini perbankan. Ahli-ahli NUBE sungguh gembira dengan kedatangan Pegawai-pegawai NUBE NR PKP di Cawangan tersebut.