KUALA LUMPUR, 26 FEBRUARI: Barisan IRC Ibu Pejabat Public Bank telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi NUBE KLSP, Saudara J Solomon; AJK Saudara Fauzie dan Eksekutif IR Saudara Afiq sempena mesyuarat makan tengah hari di Menara Public Bank, 22 Februari lalu.
IRC Menara Public Bank ialah Saudara Kamal Bashah, Saudara Ahmad Fitri Zakaria, Saudari Thilaga a/p Suppiah, Saudara Mohammad Nor Hisham Mohamad Jamir dan Saudara Mohammad Azizul telah berpeluang berkongsi isu-isu semasa di Public Bank Berhad.
Ahli-ahli telah memaklumkan bahawa sejak mendiang Pengasas PBB tidak aktif dalam pentadbiran, pihak Bank telah mengambil beberapa langkah yang tidak akan diluluskan oleh mendiang.
Namun begitu, dasar PBB adalah mahu menjadi majikan yang prihatin dan isu yang dibangkitkan mungkin dilaksanakan oleh pihak pengurusan pertengahan tanpa melibatkan atau pengetahuan oleh Ibu Pejabat.
Walaubagaimana pun, Sdr J Solomon telah memberi jaminan bahawa NUBE akan mengambil tindakan mengikut peruntukan NUBE/MCBA CA dan memastikan legasi pengasas senantiasa dihormati oleh pekerja di semua peringkat. Kita perlu adakan suasana kerja yang harmoni supaya ahli NUBE bersemangat tinggi untuk melakukan yang terbaik di tempat kerja.
Dalam pada itu, NUBE KLSP juga memuji IRC kerana telah menjalankan peranan mereka secara profesional supaya ahli tidak dinafikan hak mereka. Pihak IRC juga tidak henti-henti menghulurkan kerjasama kepada Saudara Fauzie yang senantiasa bersemangat untuk membantu ahli-ahli di ibu pejabat Public Bank.
IRC gembira dengan pertemuan ini dan tidak sabar untuk bertemu secara lebih kerap untuk berkongsi perkembangan di Public Bank.