1 Mac 2023 - Alor Setar. Satu mesyuarat khas telah dijalankan di Affin Bank, Alor Setar.
NUBE NR PKP telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Sdr. Haji Mohamad Ilyas, Ketua Zon 1 bersama-sama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr. Zaini Halidan, Sdr. Mohamad Syukri dan Sdr. Abdul Manan telah menghadiri mesyuarat tersebut.
Antara intipati mesyuarat tersebut adalah terdapat ura-ura bahawa Hire Purchase Centre akan berpusat di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, bayaran tunggakan untuk bukan ahli dan pengurus memaksa ahli-ahli membuat jualan.
Ahli-ahli telah dinasihatkan supaya mendapatkan segala maklumat berkenaan ura-ura tersebut serta melapurkan kepada cawangan. IRC telah diberitahu untuk memaklumkan kepada pengurus supaya tiada paksaan untuk membuat jualan. Sekiranya pengurus masih memaksa, perkara tersebut hendaklah dilapurkan.
Turut ditegaskan adalah usaha NUBE memastikan bayaran tunggakan adalah hanya kepada ahli-ahli NUBE sahaja.
Semoga barisan IRC yang baru dapat menjalankan tugas sebaik mungkin. Tahniah diucapkan.