28 Februari 2023, Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh, Naib Pengerusi Bro. Zubir Ahmad bersama Ahli Jawatankuasa Bro Nasirudin dan Bro Thiagarajan mengunjungi Maybank dan CIMB Kampung Raja, Cameron Highlands.
Pegawai NUBE turut berjumpa dengan Pengurus Cawangan Maybank, Mr Lee.
Para Ahli telah dikemaskini dengan beberapa isu semasa yang berbangkit. Mereka juga dinasihatkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh NUBE dan IRC baru telah dilantik.
Para ahli merasa berpuas hati dengan maklumat-maklumat terkini dan amat gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.