1 Mac 2023 , Georgetown, Pulau Pinang- Mesyuarat Agung Tahunan ( AGM) telah diadakan di Public Bank Cawangan Bishop Street ,Pulau Pinang hari ini dan dihadiri oleh Pengerusi NUBE NR PKP merangkap Timbalan Presiden NUBE Sdr Abdul Jamil Hj Jalaludeen bersama-sama Sdr Zainul Ahamad Mydin selaku Ketua Zon 6 merangkap EXCO NUBE, Ahli Jawatankuasa Kerja Sdri Noor Adzreena serta Sdr L. Baskaran.
Menerusi Mesyuarat Tahunan ini, Ahli-ahli berpeluang mendapatkan nasihat serta solusi dalam mendepani permasalahan ditempat kerja dan cabaran dalam Kesatuan Sekerja.
Sdra Abdul Jamil dalam ucaptamanya memberitahu ahli - ahli supaya sentiasa bersatu serta mengambil tahu perkembangan terkini aktiviti Kesatuan NUBE dan terbaru adalah kezaliman yang telah berlaku kepada ahli-ahli di Citibank dimana mereka ditamatkan perkhidmatan oleh Citibank. Ini menyebabkan pekerja-pekerja Malaysia ditamatkan perkhidmatan tanpa sebarang pampasan pemberhentian atau bayaran penghargaan daripada hasil jualan.
Beliau juga berkongsi pengalaman berkenaan pentingnya menjaga tatatertib pekerjaan seperti 'Muafakat lalu di dalam gelap, adat lalu ditengah terang'.
Selain itu, beliau juga mengingatkan semua ahli-ahli supaya meningkatkan ilmu perkerjaan, bersedia menghadapi perubahan dalam perbankan, mengemaskini isu-isu berkaitan Kesatuan dan penglibatan secara aktif dalam aktiviti kesatuan.
Tahniah buat Jawatankuasa Penyelaras baru Public Bank Bishop Street yang dilantik untuk menerajui tampuk kepimpinan bagi sesi 2023/2024. Semoga perlantikan ini akan mengeratkan lagi ukhwah dan memacu penglibatan yang lebih mantap dalam perjuangan Kesatuan NUBE.