Pada 2 March 2023, NUBE Ipoh telah melawat ahli di Public Bank, Jalan Yang Kalsom, Ipoh
Setiausaha Cawangan, Bro Edwin Salomon, bersama-sama Pengerusi Cawangan, Bro. Mohamad Syukri dan Ahli Jawatankuasa Bro Shahril dan Bro Afzainizam turut serta dalam mesyuarat tersebut.
Dalam perjumpaan tersebut, ahli-ahli telah diberi pencerahan tentang isu-isu yang dihadapi oleh ahli-ahli dan diikuti dengan sesi dialog dengan Pegawai Kesatuan.
Ahli-ahli melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada pegawai kesatuan kerana mengadakan mesyuarat yang produktif.