Bagi pihak EXCO NUBE, saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli NUBE kerana telah mengambil bahagian dalam aktiviti kesatuan sekerja di syarikat milik Amerikat Syarikat (AS) - CITIBANK Kuala Lumpur untuk mendedahkan RASUAH dan MENYEDUT KELUAR kekayaan oleh Pengurusan CITIBANK dan pencabulan Hak Asasi Manusia oleh CITIBANK.
Saudara/i semua telah mengambil bahagian dengan semangat inspirasi dan solidariti tertinggi untuk menyokong tujuan murni.
Semangat juang anda sungguh mengagumkan.
Perjuangan kita menentang Syarikat AS yang tidak bertanggungjawab ini akan mendedahkan lebih banyak penyelewengan.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini berkata Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, telah mengarahkan institusi perbankan menjalankan program CSR sebagai satu bentuk bantuan untuk membantu golongan B40.
Mungkin wajar jika Kerajaan menasihatkan CITIBANK untuk melakukan CSR mereka dengan membayar jumlah hutang Citibank kepada ahli NUBE yang ditamatkan perkhidmatan sebelum mereka menyedut hasil jualan perniagaan tersebut.
Kita akan meneruskan tindakan kita sehingga CITIBANK sedar diri.
Kami doakan semua selamat sampai ke rumah.
Sekali lagi, terima kasih kepada semua ahli NUBE.