Alor Setar - 2 Mac 2023: Ahli-ahli PBB Jalan Telok Wanjah telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2023/2024.
Saudara Haji Mohamad Ilyas selaku ketua Zon 1 & Bendahari Kehormat, Saudara Zaini Halidan, Saudara Abdul Manan dan Saudara Mohamad Syukri, Ahli -ahli Jawatankuasa Kerja telah mewakili NUBE Wilayah Utara Penang/Kedah/Perlis menghadiri jemputan yang diberikan.
Antara perbicangan yang dijalankan adalah berkenaan perkembangan terbaru tentang Perjanjian Bersama. Ahli-ahli telah mendengar penerangan secara jelas dan menyatakan sokongan terhadap barisan kepimpinan NUBE untuk mendapatkan perjanjian yang terbaik.
Barisan kepimpinan NUBE Penang/Kedah/Perlis turut mengambil kesempatan bertemu Pengurus Cawangan Mr. Khoo Hai Seong dalam sesi pertemuan tersebut.
Semua ahli dinasihatkan agar bersatu padu dan memberi sokongan 100% ketika ahli lain ditimpa masalah. Turut diberitahu adalah perpaduan dan semangat kerjasama adalah senjata utama kesatuan.
Tahniah diucapkan kepada semua ahli-ahli PBB Jalan Telok Wanjah & Ahli Jawatankuasa Penyelaras yang dikekalkan. Diharap semua ahli dapat mengekalkan perpaduan.