Citibank Malaysia yang memutuskan untuk menjual dan menutup operasi Operasi Perniagaan Pelanggan menganiaya ahli-ahli NUBE apabila enggan membayar pampasan kepada pekerja-pekerja yang akan dihentikan.
Citibank dari Amerika Syarikat (AS) ini mendakwa kononnya bank bertaraf antarabangsa telah bertindak bertentangan dengan ESG sendiri. Citibank telah gagal dalam menegakkan hak asasi manusia - layanan yang adil.
Meskipun NUBE telah berusaha untuk mengadakan perbincangan mengenai pampasan sewajarnya kepada pekerja-pekerja di Malaysia terutama bagi ahli-ahli NUBE bersandarkan kepada Perjanjian Kolektif (CA), tetapi Citibank enggan memberi pampasan yang sewajarnya.
Pekerja-pekerja yang bertungkus-lumus demi kemajuan Citibank telah dilayan dengan buruk. Hasil penjualan tidak dikongsi bersama pekerja-pekerja kita.
Mengapa Citibank Korea Selatan boleh berbuat demikain, tetapi tidak kepada pekerja-pekerja Malaysia?
Ke mana perginya pihak berkuasa Malaysia dalam menjaga kepentingan pekerja Malaysia daripada dianiaya oleh Citibank?