7 March 2023, Juru Autocity, Pulau Pinang -
Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE PKP
Sdr Mohamad Rizal Othman dan disertai oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Mohd Shukri A.Hamid telah membuat lawatan ke beberapa cawangan bank di kawasan Juru. Antara cawangan-cawangan Bank yang dilawati adalah Affin Bank Autocity dan Hong Leong Bank Autocity.
Pegawai-Pegawai NUBE telah berjumpa dengan ahli-ahli dan menjelaskan tentang penindasan terhadap ahli-ahli di Citibank serta bantahan kepelbagaian Kesatuan Sekerja dalam pindaan RUU Akta Kesatuan 1959.
Kepimpinan NUBE juga sempat mengadakan pertemuan dengan Pengurus Cawangan Affin Bank Autocity En Zamri Bin Che Mat dan juga Pengurus Cawangan Hong Leong Bank Autocity Ms Esther Tan Being Guat bagi mengekalkan hubungan industri harmoni.
Ahli-Ahli telah menyambut baik serta menerima kunjungan dan mengalu- alukan kehadiran Pegawai-Pegawai Kesatuan NUBE PKP.