Ahli-ahli NUBE perlu bersatu dan kukuhkan solidariti bagi melawan sikap buruk Citibank yang menipu pekerja-pekerja Malaysia.
Citibank Malaysia yang telah memutuskan untuk menjual dan menutup operasi Operasi Perniagaan Pelanggan telah diharap akan menawarkan pampasan yang sewajarnya.
Sebaliknya, pekerja-pekerja kena tipu dengan taktik muslihat Citibank.
Citibank telah membawa keluar hasil jualan dari Malaysia, sambil meninggalkan pekerja-pekerja kita tanpa menghormati hak pekerja.
Bank Amerika Syarikat (AS) ini dengan terang-terang sudah menipu pekerja-pekerja Malaysia.
Di manakah keadilan untuk pekerja-pekerja di Malaysia?