09 March 2023 Taman Inderawasih - Ahli - ahli NUBE di RHB Bank Taman Inderawasih, Prai, Pulau Pinang hari ini mengalu-alukan kehadiran Sdr Abdul Ghani Abu Bakar bersama Sdr Mohamad Rizal Othman Ahli Jawatankuasa Cawangan serta diikuti oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Mohd Shukri A.Hamid di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di RHB Bank Taman Inderawasih, Prai, bagi sesi 2023/2024.
Sdr Abdul Ghani menerusi ucapan perasmian mesyuarat menekankan beberapa aspek penting yang perlu dipelihara dan dibajai agar mampu bersama menghadapi cabaran dalam kesatuan dan perbankan.
Semangat solidariti dan ukhwah yang bermula dari akar umbi inilah yang bakal menyatukan hati- hati kesemua ahli - ahli NUBE untuk terus memberi sokongan kepada usaha pemimpin- pemimpin Kesatuan untuk mendukung VISI & MISI NUBE.
Diharapkan IRCs yang telah dilantik akan memainkan peranan dengan baik.
Syabas dan Tahniah diucapkan.