Changlun - 8 Mac 2023: Pada hari ini, ahli-ahli Maybank Changlun telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2023/2024 di Maybank Changlun.
Saudara Haji Mohamad Ilyas, Bendahari Kehormat merangkap ketua Zon 1, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Saudara Abdul Manan, Saudara Zaini Halidan dan Saudara Mohd Syukri telah mewakili NUBE Wilayah Utara Penang/Kedah/Perlis menghadiri jemputan yang diberikan.
Ahli-ahli diberi penerangan tentang betapa pentingnya supaya mempertahankan Perjanjian Bersama yang dinikmati selama ini. Ahli-ahli harus bersyukur kerana Perjanjian Bersama MCBA-NUBE adalah antara yang terbaik di sektor pekerjaan di Malaysia. Sokongan padu daripada ahli-ahli juga amat penting demi menjayakan program-program anjuran NUBE samada secara fizikal atau melalui atas talian.
Semua ahli telah dinasihatkan agar berwaspada terhadap ancaman pekerjaan di era perbankan digital dan menjaga etika pekerjaan sebaiknya.
Tahniah diucapkan kepada semua ahli-ahli Maybank Changlun & Ahli Jawatankuasa Penyelaras baru yang dilantik. Diharap semua ahli dapat mengekalkan perpaduan.