Terlihat Indah Kalung Mutiara,
Dijaga Elok Si Badan Sasa,
Bersua Muka Beramah Mesra,
Agar Hubungan Kekal Sentiasa.
15 Mac 2023, Sik Kedah - Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE NR PKP iaitu Sdri Siti Haryati dan Sdri Suhaili telah menjalankan sesi lawatan kerja di Sik, Kedah hari ini.
Terdapat 2 buah cawangan bank yang dilawati iaitu Public Bank Berhad dan Bank Islam. Ahli - ahli menyambut baik kehadiran Pegawai -pegawai NUBE NR PKP dengan berkongsi pelbagai pendapat dan isu- isu terkini Kesatuan.
Mereka juga amat berterima kasih dengan lawatan yang dijalankan serta berjanji akan terus memberi sokongan yang jitu kepada Perjuangan NUBE.Ahli- ahli juga dinasihatkan agar sentiasa berhubung terus dengan Ketua Zon sekiranya ingin mendapatkan sebarang info yang lebih tepat atau khidmat nasihat bagi sebarang masalah.