17 Mac 2023 -Jumaat. Fungsi kerja Pusat Panggilan Keluar CCC CIMB Bank ialah peranan baharu bagi juruwang yang telah menyumbang perkhidmatan kepada para pelanggan secara peribadi di cawangan-cawangan.
CIMB dan NUBE meneroka peluang ini untuk mengoptimumkan tenaga kerja dan membolehkan perkeranian mempelajari kemahiran baru.
Kajian semula tiga bulan projek CCC yang bermula pada akhir November 2022 telah diadakan pada 17 Mac 2023 di NUBE House.
Sukacita kerana maklum balas majoriti adalah positif dengan ahli memahami kepentingan pusat panggilan dan peranan mereka dalam menangani pertanyaan pelanggan dengan cekap melalui telefon.
Kami juga gembira kerana majoriti ahli dapat menyesuaikan diri dengan kerja baru dan dapat memberikan maklum balas yang membina.
NUBE akan dapatkan pencerahan untuk beberapa kemusykilan daripada pihak Bank dan yakin bahawa ahli dapat melaksanakan tugas dengan baik dalam peranan baru ini.
Syabas kepada semua ahli CIMB di CCC - Pusat Panggilan Keluar.
Ini adalah pendekatan progresif ke arah Kerja Bermaruah antara CIMB-NUBE. Ia adalah initiatif baru yang masih sedang ditambah baik. Kami berharap bank lain akan mencontohi amalan baik seperti ini.
Penolong Setiausaha Agung NUBE, Sis A Karuna yang telah menjadi penyelaras projek ini; telah mengendalikan sesi maklum balas ini, dibantu oleh Setiausaha Cawangan; Sdra Wan Mohd Affendi Husain, Chee Yeeh Ceeu, Edwin Salomon dan Sdri Zaiharini Ismail mewakili NUBE SMJ.
Motivator untuk sesi ini ialah Pengurus IR NUBE, Encik Ragunathan Krishnan yang mempunyai pengalaman 18 tahun di Pusat Panggilan.