Masuk ke mana-mana cawangan Public Bank, dua hingga tiga pekerja bukan eksekutif gred khas yang berkebolehan akan menguruskan barisan para pelanggan yang berterusan, setiap hari.
Wakil Khidmat Pelanggan Public Bank atau lebih dikenali sebagai CSR merupakan tulang belakang tugasan transaksi bukan tunai bank. Mereka berkhidmat dengan penuh dedikasi.
NUBE KLSP telah mengadakan dua (2) sesi libat urus dengan mereka dan berbangga dengan komitmen mereka terhadap kerja dan kesetiaan mereka kepada Public Bank.
Mereka telah memberi maklum balas tentang kerja mereka dan berusaha untuk melakukan yang lebih baik.
Ia sememangnya sangat memuaskan apabila ahli terbuka kepada perubahan dan penambahbaikan di tempat kerja.
NUBE KLSP akan mengadakan lebih banyak interaksi dengan ahli-ahli daripada semua bank.