Sebentar tadi ahli-ahli NUBE telah memberi mandat penuh kepada
Sdr J Solomon, Setiausaha Agung
untuk menteraikan Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE ke-19 setelah mendengar hasil rundingan yang disifatkan sebagai "signifikan" lagi bersejarah dalam perjuangan NUBE.
Sesi taklimat telah disampaikan serentak di kesemua lima cawangan NUBE seluruh Semenanjung serta secara dalam talian Zoom Webinar.
Taklimat bermula jam 5.45 petang dan berakhir 7.20 petang. Seramai 3,570 orang ahli telah sertai Roadshow ini.
"Sebagai Setiausaha Agung NUBE, bersama dengan POB telah runding banyak CA, tetapi rundingan CA ini telah memberi saya kepuasan maksimum, amat bersejarah lagi signifikan," kata Saudara Solomon.
Dalam taklimatnya, Saudara Solomon telah berkongsi 24 item kewangan dan bukan kewangan yang telah dipersetujui dalam sesi perundingan.
Setiap ahli NUBE yang mengikuti secara fizikal sesi menzahirkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan ke atas usaha konstruktif kepimpinan NUBE dalam mengusahkan CA bersejarah ini, yang membawa manfaat dan faedah besar kepada setiap ahli kita.
Laungan HIDUP NUBE, HIDUP NUBE, HIDUP NUBE didengari di dalam talian dan secara fizikal.
ONE FOR ALL, ALL FOR ONE