Mesyuarat Agung Tiga Tahunan kali ke-39 telah diadakan di Dewan Dato’ Isahak, Suara Muda, Kota Bharu, Kelantan pada 14 April 2023, dan dianjurkan oleh NUBE cawangan Kelantan/Terengganu.
Mesyuarat yang bermula pada jam 10.00 pagi, telah dihadiri oleh 95 orang ahli Nube dari pelbagai bank dan cawangan di Kelantan dan Terengganu.
Mesyuarat Agung Tiga Tahunan NUBE cawangan Kelantan dan Terengganu telah berlangsung dengan lancar dan 12 orang ahli bertanding dalam pemilihan AJK bagi penggal 2023-2026 telah diisytihar menang tanpa bertanding, dan diharap akan dapat memikul tanggungjawab dengan sebaiknya, lebih mantap dan perkukuhkan lagi NUBE cawangan Kelantan dan Terengganu.
Mesyuarat juga diserikan dengan kehadiran pimpinan peringkat Ibupejabat iaitu Setiausaha Agung Kehormat NUBE Malaysia Bro J Solomon, dan juga Bro Mohd Faizal Bin Husin. Pimpinan sangat berterima kasih atas kesabaran ahli2 dalam menjayakan CA kali ini,dan sangat berharap agar keutuhan yang terjalin dalam Nube dapat dikekalkan dan diperkukuhkan lagi.Dalam pada itu juga,ahli2 sangat berterima kasih dan berpuas hati atas penjelasan tentang CA 2021-2023, selain mengucapan terima kasih sekali lagi atas kejayaan pembayaran khas perayaan yang akan diterima sebelum perayaan Aidilfitri uang memperlihatkan ketekunan usaha Nube yang tak pernah kenal erti putus asa,jemu dan lelah dalam membantu suara dan rintihan keluh kesah ahli2 bagi memastikan ekonomi dan kehidupan ahli Nube terjamin.
Diakhir mesyuarat juga,kesemua ahli bersepakat akan terus berdiri teguh bersama barisan pimpinan Nube sama ada peringkat pusat mahupun cawangan bagi mengukuh dan memartabatkan sebuah kesatuan Nube yang disegani dan dibanggakan.
Sentiasa bersolidariti!