Union House, Georgetown, Pulau Pinang, 15 April 2023 – Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Ke-41 NUBE NR PKP telah diadakan di Union House dengan kehadiran seramai 87 orang ahli.
Mesyuarat dimulakan dengan ucap alu aluan oleh Setiausaha Kehormat NUBE NR PKP Sdr Chee Yeeh Ceeu dan diikuti bacaan doa serta ucapan pembukaan oleh Pengerusi NUBE NR PKP Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen yang turut mempengerusikan mesyuarat yang bermula pada jam 5.30 petang.
Seramai 12 orang ahli NUBE NR-PKP telah bertanding dalam pemilihan AJK bagi penggal 2023-2026 dan mereka telah di umumkan menang tanpa bertanding. Sdra Abdul Jamil Haji Jalaludeen telah mengumumkan kemenangan tersebut dan beliau menyatakan bahawa barisan AJK akan meneruskan perjuangan, memainkan peranan penting bagi menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi dalam memartabatkan lagi NUBE NR-Pulau Pinang/Kedah/Perlis. Beliau juga turut berterima kasih kepada semua AJK dan ahli yang telah memberikan komitmen dan dedikasi yang tinggi kepada NUBE NR-PKP.
Mesyuarat diakhiri dengan penyampaian amanat penting dari pimpinan peringkat Ibupejabat iaitu Setiausaha Agung NUBE Malaysia Bro J Solomon. Beliau juga turut menyampaikan 2 rangkap pantun yang penuh makna tentang perjuangan kepada ahli-ahli PKP. Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli-ahli NUBE dalam menjayakan CA kali ini dan berharap semangat solidariti dan ukhwah dapat terus dipupuk di NUBE dalam memperkasakan ahli-ahli NUBE.
Tidak perlu dinyatakan lagi, ahli-ahli sangat berterima kasih dan berpuas hati di atas penjelasan tentang CA 2021-2023, selain mengucapkan terima kasih sekali lagi atas kejayaan pembayaran khas perayaan yang akan diterima sebelum perayaan Aidilfitri yang memperlihatkan ketekunan usaha NUBE yang tak pernah kenal erti penat, jemu, lelah dan putus asa dalam menyuarakan rintihan keluh kesah ahli-ahli bagi memastikan ekonomi dan kehidupan serta tempat kerja ahli-ahli NUBE terjamin dan senantiasa kekal relevan.
Ahli-ahli NR-PKP telah berikrar akan terus memberi sokongan penuh dan bersolidariti dalam segala apa jua perjuangan bersama barisan pimpinan Nube sama ada peringkat pusat mahupun cawangan bagi mengukuh dan memartabatkan sebuah kesatuan Nube yang disegani dan dibanggakan.
Salam bersolidariti! One For All, All For One