Ahli-ahli daripada Kuala Lumpur, Selangor and Pahang telah hadir ke mesyuarat ini.
AJK NUBE KLSP seperti berikut telah menang tanpa bertanding bagi Penggal 2023-2026.
AJK NUBE KLSP:
1. Bro J Solomon
2. Bro Mohd Faisal Husin
3. Sis A Karuna
4. Bro Mohd Rahmat Abd Hamid
5. Bro Yushamizan Yusoff
6. Bro Saifulizan Hajidan
7. Bro Muhamat Yusri Muhamat Basir
8. Bro Mohd Fauzie Mohd Yusof
9. Bro B. Balapragash
10. Sis S Ratneshwary
11. Mohamad Zulfadli Abdul Halim
12. Yeow Kai Xien
Jawatankuasa NUBE KLSP berterima kasih kepada semua ahli di atas kepercayaan, keyakinan dan sokongan berterusan yang telah diberikan kepada mereka.
Setiausaha Kehormat (SUK), Sdri A Karuna di dalam ucap tama beliau, telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua AJK, IRC dan ahli-ahli NUBE KLSP atas sokongan tidak berbelah bahagi yang dihulurkan kepara para AJK untuk menjayakan segala fungsi mereka dengan berkesan. Beliau juga memohon sokongan padu solidarity yang berterusan untuk memastikan NUBE KLSP dapat memperkayakan perkhidmatan mereka demi ahli-ahli KLSP.
Karuna telah mengendalikan MATT dengan jayanya.
Di dalam ucapan penutup, Sdra J Solomon selaku Pengerusi KLSP, juga Setiausaha Agung NUBE telah menyerikan MATT dan berkongsi fikirannya berkenaan dengan Perjanjian Kolektif Ke-19 yang telah dimuktamadkan dengan jayanya beberapa hari yang lalu.
Beliau berkata bahawa Memorandum Persefahaman (MOA) untuk Tunjangan Perayaan sebanyak sebulan gaji untuk ahli juga telah dimuktamadkan, di mana pembayarannya akan disemak pada tahun berikutnya adalah merupakan satu pencapaian yang bersejarah.
Solomon merakamkan penghargaan NUBE kepada MCBA atas peranan mereka dalam menjayakan Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE ke-19 yang telah dimuktamadkan baru baru ini.
Walaubagaimanapun, kata Solomon sehari selepas MOA tersebut ditandatangani, perbuatan sebuah bank utama yang mengingkari perjanjian tersebut adalah amat mengecewakan, dan kami berharap Bank tersebut akan membetulkan perkara ini dengan segera supaya ia tidak menjejaskan semangat MCBA/NUBE CA dan MOA yang merupakan usaha gigih kedua-dua pihak perunding.
Hasrat NUBE adalah untuk menyatukan para pekerja dalam sektor perbankan supaya pekerja menjadi produktif tanpa ruang untuk mana-mana pihak mendiskriminasi serta memanipulasi pekerja-pekerja yang tidak bersalah untuk memenuhi kepentingan individu-individu tertentu.
Solomon turut berkata bahawa NUBE berharap Bank tersebut akan sedar, memainkan peranan mereka dan tidak campur tangan dalam penubuhan serta urusan pentadbiran Kesatuan dengan menularkan sebarang bentuk taktik pemusnahan kesatuan.
Solomon mengucapkan terima kasih kepada semua AJK KLSP, IRC dan ahli KLSP di atas sokongan moral dan keyakinan kepada kepimpinan dalam memuktamadkan CA yang penting dan pentadbiran Cawangan. Beliau juga telah mengambil kesempatan tersebut untuk menasihati semua ahli supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab di tempat kerja dengan bermaruah bagi memastikan ahli NUBE kekal dihormati.
Sebelum menutupi MATT, Solomon mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua saudara Muslimin dan Muslimat serta Selamat Bercuti kepada semua ahli yang lain.
MATT telah berakhir dengan jayanya, dan semua yang hadir menyertai AJK Cawangan untuk “Berbuka Puasa”.
MATT bermula pada 5.37 petang dan berakhir pada 7. 15 malam.