Ahli NUBE yang bertugas di Maybank Batu Pahat (nama dirahsiakan untuk melindungi privasinya) mengalami keguguran di pejabat pada 18 April 2023. Dia mengalami situasi malang itu ketika membawa peti wang tunai dari tingkat mezanin ke tingkat bawah.
Dia pergi ke klinik tetapi klinik telah merujuknya ke hospital panel Maybank kerana hamil 12 minggu. Malangnya, apabila tiba di hospital, dia terkejut mendengar surat jaminannya (GL) telah ditolak tanpa rasa perikemanusiaan oleh seorang wakil Maybank tanpa alasan munasabah.
Justeru, mangsa terpaksa meminjam wang daripada saudara-maranya untuk membayar deposit RM3,000 bagi mendapatkan rawatan di hospital tersebut.
Apabila NUBE IRC membantu ahli kita yang telah dimasukkan ke hospital dan memfailkan aduan, barulah Maybank mengeluarkan GL dengan segera.
Kita boleh bayangkan betapa traumanya ahli kita apabila GL ditolak dan dia terpaksa meminjam wang bagi tujuan rawatan.
Pendekatan Maybank Memanusiakan (Humanising) Perkhidmatan Kewangan dan dakwaan bahawa ia mengutamakan nilai-nilai manusiawi, komuniti dan melakukan perkara yang betul hanyalah sandiwara semata-mata.
Maybank secara terang-terangan telah menganiaya seorang wanita yang mengalami keguguran.
Ini menunjukkan kekorporatan buruk sebuah bank GLC dan penjaga dana awam terhadap mangsa yang mengalami keguguran.
Ini juga membuktikan kepentingan dan nilai menguatkankuasakan aduan (grievance) untuk membela hak ahli-ahli NUBE.