Rabu 10.05.2023 - NUBE KLSP telah hadir ke Maybank Cawangan Solaris Mont Kiara. Mesyuarat telah dijalankan oleh Ketua Zon A, Sdra Saifulizan, dibantu oleh AJK KLSP Sdra Yushamizan Yusof.
Mesyuarat dihadiri oleh semua ahli NUBE. Mesyuarat telah dimulakan menerangkan peranan IRC dalam mengekalkan keharmonian di tempat kerja mengikut kuna’s Perjanjian Kolektif (CA) MCBA-NUBE. Pelantikan IRC telah juga berjaya dijalankan.
Penerangan berkenaan Aduan Rasmi (GIF) juga dibincangkan dimana pengemuaan aduan adalah hak asasi ahli NUBE dan salah satu tanggungjawap utama majikan untuk pastikan ianya di selesai dengan baik. Ia bertujuan memperbetulkan keadaan demi membina tempat kerja yang kondusif bagi pekerja oleh majikan.
Ahli juga diminta sentiasa menjaga disiplin dan etika kerja mengikut polisi bank dan juga CA.
Ahli disana mengucapkan terima kasih kepada NUBE dan akan terus silaturahim NUBE " ONE FOR ALL, ALL FOR ONE"