Barisan kepimpinan diketuai oleh Pengerusi Cawangan, Sdr Cheon Tiong Eiw. Turut hadir Setiausaha cawangan, Sdr Mohd Azizul Bin Fouzi,Bendahari Cawangan, Sdr Helmie Bin Ahmad dan Jawatankuasa kerja, Bro Wan Mushafizi Bin Wan Mustapha.
Kunjungan yang berlangsung pada 9 Mei lalu, hari Rabu, telah menyediakan ruang dan peluang untuk ahli-ahli mengenali dengan dekat barisan kepimpinan.
Ahli-ahli juga telah diberi pencerahan tentang isu-isu semasa berkaitan ahli-ahli, perjanjian kolektif dan industri perbankan.
Sesi dialog dengan pegawai-pegawai kesatuan juga telah diadakan.
Sdr Cheon menyifatkan kunjungan kali ini amat bernas kerana kedua-dua barisan pemimpin dan ahli dapat berkongsi pelbagai pandangan dan input bagi memperkasakan NUBE sebagai kesatuan tunggal pekerja-pekerja perkeranian dalam industri perbankan.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli yang menghadiri sesi pertemuan, dan melahirkan harapan agar sokongan padu itu akan berkekalan.
Kata beliau, ahli-ahli yang hadir melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada pegawai kesatuan kerana mengadakan mesyuarat yang produktif.