Kita terus bertemu ramai yang berdepan dengan segala kekurangan kehidupan dan hidup dalam persekitaran yang mencabar.
Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023, berpegang kepada semangat "memberi" dan "berkongsi" dengan mereka yang memerlukannya, mengikut kebolehan setiap orang, terutama tahun ini, selepas Perjanjian Kolektif (CA) terbaik; KLSP membuat tinjauan dan merasa hiba dengan kesusahan yang dihadapi oleh 40 kanak-kanak yang mencari perlindungan di Pusat Penjagaan Baitul Hidayah.
Oleh itu, kami memutuskan untuk meminta ahli-ahli KLSP untuk menyumbang seperti amalan kita untuk setiap perayaan di KLSP.
Kami di NUBE KLSP menerima kejutan manis apabila lebih 300 orang ahli hadir untuk sambutan Hari Raya Aidil Fitri semalam, 19 Mei 2023.
Ia benar-benar menjadi perayaan yang gemilang dengan kehadiran ahli yang ramai serta sumbangan yang mencurah masuk untuk Pusat Penjagaan Baitul Hidayah.
Ketika kami bertemu Pn Nora, penjaga pusat ini memberitahu kami tentang kesusahan yang semakin bertambah selepas banjir yang memusnahkan banyak benda di pusat jagaan dan satu-satunya kenderaan mereka iaitu sebuah van terpakai.
Semalam, Pn Nora dari Pusat Penjagaan Baitul Hidayah kelu dan sangat terharu dengan keikhlasan hati serta kesediaan ahli untuk berkongsi pendapatan mereka.
Kami, Ahli Jawatankuasa Cawangan KLSP amat terharu dengan kasih sayang dan kemurahan hati ahli NUBE. Insya-Allah, dengan sumbangan ikhlas daripada ahli-ahli, KLSP akan mengusahakan penambahan dana supaya kami dapat menaja sebuah van terpakai untuk Pusat Penjagaan Baitul Hidayah.
Segala pujian kepada Ilahi, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli yang hadir semalam serta telah menyalurkan sumbangan barangan dan tunai tidak kira melalui KLSP dan juga terus kepada Pn Nora.
Sila datang lagi untuk semua perayaan kita pada masa depan.
Terima kasih sekali lagi dan berkat Allah bagi semua.
Kami mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang, seperti dibawah ini: