Sambutan Majlis Hari Raya yang dianjurkan oleh NUBE Ipoh telah berlangsung dengan jayanya pada 19 May 2022. Majlis tersebut telah diadakan di Pejabat Cawangan NUBE Ipoh.
Setiausaha Cawangan, Bro Edwin Salomon merasmikan majlis tersebut dengan ucapan.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli-ahli dari pelbagai bank dalam Perak. Pelbagai jenis juadah telah dihidangkan sempena untuk ahli-ahli.
Kegembiraan berganda memeriahkan suasana majlis apabila ahli-ahli dari Hong Leong Bank, Perak menyumbangkan satu set sofa untuk Cawangan Ipoh sebagai tanda penghargaan diatas pementeraian Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE. Bagi pihak NUBE Ipoh, Bro Edwin memberikan surat penghargaan kepada wakil ahli dari bank tersebut dan juga kepada ahli-ahlii dari Public Bank Jelapang yang menyumbangkan Android Smart TV.
Semua ahli gembira dan mengucapkan terima kasih kepada NUBE Ipoh kerana mengadakan Majlis tersebut.