NUBE Ipoh telah disumbangkan dengan sebuah computer riba oleh ahli-ahli CIMB dari Cawangan Auto Finance, Teluk Intan, Kampar, Batu Gajah, Jalan Gopeng, Greentown, Kuala Kangsar, Parit Buntar dan Taiping sebagai tanda penghargaan diatas pementeraian Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE.
Beberapa orang ahli dari CIMB hadir ke Pejabat Kesatuan Ipoh untuk menyerahkan sumbangan tersebut.
Pegawai NUBE Ipoh yang diketuai oleh Setiausaha Cawangan NUBE Ipoh, Bro. Edwin Salomon, menerima penghargaan tersebut bagi pihak NUBE Ipoh dan mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli CIMB yang hadir untuk memberi sumbangan itu.
Bagi pihak ahli dari CIMB, Bro Zubir mengucapkan tahniah dan pujian kepada NUBE atas pencapaian Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE 2021-2023. Beliau berkata, "Kami bangga menjadi ahli NUBE dan berharap pemberian kecil ini dapat digunakan oleh NUBE Cawangan Ipoh dalam program akan datang," pada majlis penyerahan itu.
Ahli-ahli CIMB juga menyediakan jamuan ringan kepada Pegawai NUBE.
Bro Mohamad Syukri, Pengerusi Cawangan, Bro Zubir Ahmad, Naib Pengerusi Cawangan Ipoh, Bro Quah Wei Fung, Bendahari Kehormat Cawangan Ipoh, Sis Sarimah, Jawatankuasa Kerja, telah turut hadir semasa majlis tersebut.