PORT DICKSON: 27 Mei: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) menganjurkan Forum Hari Buruh 2023 sempena sambutan Hari Buruh di Pusat Latihan NUBE di sini, hari ini.
Forum menampilkan Sdr Boniface Lobo dari LOBO & Associates yang menyampaikan ucaptama bertemakan "The Role of Administrative Law in Industrial Relations".
Ia disusuli dengan sesi melihatkan empat ahli panel iaitu Alex De Silva, dari Bodipalar Ponnudurai De Silva, yang mengupas tajuk "The Consitutional Safeguards for Trade Unionism", Ravi Neeko yang menyentuh tajuk "The Impact of Amendments to the Labour Laws on Trade Unionism in Malaysia", Sdr A Sivanantahan, pengamal kesatuan sekerja dan hubungan perhubungan indutri, yang bercakap di bawah tajuk "The Role of Industrial Relations Practitioners in the Trade Union Struggle" manakala Sdri A Karuna, Timbalan Setiausaha Agung NUBE, mengupas tajuk "The Struggle of Trade unions Within the Current Legal Framework".
Forum kali ini, yang bertemakan "Fight For Social Justice: NUBE's Legal Advances", dikendalikan oleh Sdr Michael Tan, Presiden NUBE manakala Sdra Naveen Joshua Solomon bertindak sebagai pengacara majlis.
Setiausaha Agung NUBE, Sdra J Solomon berkata, forum ini diadakan sebagai tanda memperingati sumbangan mendiang Alfred Balamohan Vengadasalam, yang merupakan antara penasihat perundangan bagi NUBE.
"Mendiang Alfred telah memberikan sumbangan yang amat bernilai dalam memperkasakan perjuangan NUBE daripada segi kerangka perundangan.
"Aspek nasihat perundangan merupakan salah satu aspek yang membina perjuangan kesatuan sekerja.
"Jadi, NUBE memutuskan bahawa kita perlu menghargai sumbangan dan peranan penasihat perundangan," kata beliau sambil bahawa "kumpulan penasihat perundangan ini seringkali dilupakan semasa sambutan Hari Buruh."
Oleh itu kata beliau, individu-individu ini yang telah banyak membantu NUBE dan dalam perjuangan kesatuan sekerja.
"Jadi, program tahun ini diadakan khusus untuk mengingati peranan mereka...kita harus menghormati sejarah kita, jangan lupa jasa kelompok pengamal perundangan," kata Solomon.
Lebih 200 ahli NUBE dari kesemua lima cawangan menjayakan forum kali ini. Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja yang lain turut hadir termasuk Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal dan mantan Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud serta Setiausaha Agung SBEU, Catherine Jikunan.