PORT DICKSON, 27 Mei - Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Negeri Sembilan, Encik Lavaniyan Nathan memuji keaktifan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mengadakan siri program dan aktiviti sepanjang masa.
"Tahniah, saya ucapkan... banyak aktiviti diadakan oleh NUBE, tengok video tadi, NUBE mengadakan banyak aktiviti, sangat efektif," kata beliau ketika berucap pada majlis sambutan Hari Buruh NUBE 2023 malam ini.
Majlis sambutan yang berlangsung di Pusat Latihan NUBE di sini turut menayangkan klip video yang memaparkan aktiviti-aktiviti sepanjang setahun lalu, sejak Mei 2022.
Mewakili Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan, beliau berkata, NUBE juga merupakan sebuah kesatuan sekerja yang efektif.
Malah kata beliau, pemimpin-pemimpin NUBE juga senantiasa menzahirkan pendirian berprinsip dalam proses perbincangan.