PORT DICKSON, 27 Mei - Lebih 200 ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) berhimpun di Pusat Latihan NUBE di sini untuk meraikan sambutan Hari Buruh NUBE 2023 bertemakan "Celebrating Workers Colourful Contributions".
Dengan berpakaian yang berwarna-warni bagi mengisi tema sambutan kali ini, ahli-ahli memperlihatkan semangat "Satu Untuk Semua, Semua Untuk Satu".
Turut hadir Presiden MCBA, YBhg Datuk Nora Abd. Manaf dan pemimpin bank-bank yang menganggotai MCBA. Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja rakan NUBE turut hadir memeriahkan sambutan kali ini.
Presiden NUBE, Sdr Michael Tan menyampaikan ucapan alu-aluan.