golongan pekerja ekonomi gig membabitkan pekerja e-hailing agar tidak didiskriminasi oleh majikan.
Kata beliau, ia kini di dalam proses penggubalan dasar di peringkat kementerian dan beliau menjangka akan menerima garis panduan berkenaan perkara itu daripada pegawainya dalam dua minggu lagi.
“Kementerian memang sedang merangka satu dasar untuk melihat bagaimana kerajaan boleh membantu supaya golongan ini tidak didiskriminasi oleh majikan mereka, serta memberi mereka perlindungan sosial,” katanya.
Beliau berkata pihak kementerian tidak menolak cadangan penggubalan akta khas melibatkan pekerja e-hailing, bagaimanapun ia akan mengambil masa yang lama untuk direalisasikan.
Katanya pihak kerajaan buat masa ini akan membuat dasar dahulu, dan kemudian mengkaji secara terperinci tentang keperluan penggubalan akta khas berkenaan.
Callistus Antony menambah, mana-mana majikan yang didapati menyalahgunakan pekerja asing, seperti memegang pasport mereka dan menahan mereka di tempat tinggal mereka, harus bertanggungjawab secara jenayah.
“Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergerak ke arah yang betul dan ini adalah satu bidang yang kini perlu diberi tumpuan,” kata beliau.
Kata beliau lagi, Sivakumar harus melihat terhadap Kementeriannya sendiri untuk menentukan sama ada mereka mempunyai peranan dalam hal ini, sama ada secara langsung atau tidak.
“Akibat tidak langsung daripada penyalahgunaan situasi pekerja asing ialah rakyat Malaysia telah dinafikan kedua-dua peluang pekerjaan dan hak untuk mencari rezeki yang layak.
“Ekoran situasi itu, lebih ramai rakyat Malaysia akan mencari peluang pekerjaan di luar negara, dan pekerja asing akan terus dibawa masuk untuk dieksploitasi dan didera oleh majikan Malaysia,” kata beliau.
https://www.workerstimes.com/spcaam-dalam-soal-gaji-menteri-sumber-manusia-perlu-tindak-tegas-tidak-boleh-harap-majikan/