Georgetown, Penang 9 Jun 2023 - Pegawai - pegawai NUBE NR PKP yang diwakili oleh AJK Cawangan Sdri Sonia Dan Sdra Eswaran Bersama AJK Kerja Sdra Alvin Dan Sdri Mazira telah membuat lawatan untuk mengedarkan naskhah 'SUARA NUBE' Edisi Khas.
Terbitan 'SUARA NUBE' Edisi Khas Kali ini merupakan terbitan mengenai kejayaaan Perjanjian Kolektif (CA) ke -19 yang terbaik telah dimeterai antara MCBA & NUBE Malaysia.
Antara cawangan bank yang telah menerima naskah tersebut adalah CIMB Prima Tanjung, CIMB Tanjung, CIMB Jln Mahsuri, Public Bank Bishop Street dan Standard Chartered Bank Penang.
Ahli- ahli mengucapkan rasa syukur dan sangat berterima kasih kepada Kepimpinan NUBE Malaysia dan berjanji akan terus memberi sokongan kepada NUBE.