Georgetown, Penang 8 Jun 2023 - Ahli - ahli NUBE NR PKP rasa sangat berbangga dan berterima kasih diatas penambahbaikan lebih 20 peruntukan baharu, bukan kewangan dan kewangan yang berjaya diperolehi menerusi Perjanjian Kolektif (CA) ke -19 baru - baru ini.
Itu antara respon yang diterima oleh Sdri Sonia selaku AJK Cawangan NUBE NR PKP dn Sdri Mazira AJK Kerja sewaktu mereka mengedarkan 'SUARA NUBE' Edisi Khas hari ini.
Ahli- ahli NUBE NR PKP dari UOB Bishop Street, Maybank Union Street dan Affin Bank Light Street yang menerima 'SUARA NUBE' Edisi Khas turut mendoakan kejayaaan dan kemajuan NUBE Malaysia terus terpelihara dalam usaha menyediakan perlindungan sosial yang wajar khususnya untuk ahli - ahli NUBE MALAYSIA.
ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE
TERIMA KASIH NUBE