Langkawi, Kedah - 9 Jun 2023
Ahli-ahli NUBE di Pulau Lagenda, Pulau Langkawi telah menerima kunjungan mengeratkan ukhwah daripada Ahli-ahli Jawatankuasa NUBE PKP (Penang/Kedah/Perlis).
Bro. Haji Mohamad Ilyas & Bro. Zaini Halidan selaku Ketua Zon 1, bersama-sama Sdr. Abdul Manan, Sdr. Mohammad Syukri, Sdr. Mohd Fariq, Sdr. Mu'az Mohamad Akhir & Sdri. Nurul Afatin telah mewakili NUBE PKP.
Ahli-ahli mengambil kesempatan bertemu dan merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada barisan kepimpinan NUBE. Ahli-ahli turut diberikan Suara NUBE - Edisi Khas Perjanjian Bersama MCBA-NUBE ke-19 sebagai kenangan manis untuk simpanan mereka.
Pada masa yang sama, AJK NUBE mengambil kesempatan beramah mesra bersama-sama Pengurus Cawangan, Pegawai-pegawai bank yang turut mengucapkan tahniah diatas kejayaan mendapat CA yang terbaik.
Terima kasih ahli-ahli di Langkawi, anda memang terbaik. Teruskan memberi sokongan padu kepada NUBE.