CA TERBAIK - SYABAS & TERIMA KASIH NUBE
Bukit Mertajam & Kulim - 12 Jun 2023
Ahli-ahli NUBE di CIMB Bank Sri Rambai, MBB Desa Damai, UOB B.M, Public Bank Simpang Empat, Bank Islam Kulim Dan MBSB Kulim telah menerima kunjungan mengeratkan ukhwah daripada Ahli-ahli Jawatankuasa NUBE PKP (Penang/Kedah/Perlis).
Sdr Abdul Ghani Abu Bakar bersama Sdr Mohamad Rizal Othman serta Sdr Karthigasan Nadarajan Ahli Jawatankuasa Cawangan PKP serta diikuti oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Mohd Shukri A.Hamid telah
memberikan penerangan tentang Suara NUBE Edisi Khas kali ini.
Ahli-ahli mengambil kesempatan bertemu dan merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada barisan kepimpinan NUBE yang diterajui oleh SUA NUBE Sdr J Solomon. Setiap cawangan dilawati telah menerima sebuah buku Suara NUBE - Edisi Khas Perjanjian Bersama MCBA-NUBE ke-19 sebagai kenangan manis untuk simpanan mereka.
Pada masa yang sama, AJK NUBE mengambil kesempatan beramah mesra bersama-sama Pengurus Cawangan, Pegawai-pegawai bank yang turut mengucapkan tahniah diatas kejayaan mendapat CA yang terbaik.
Terima kasih ahli-ahli di Sekitar Bukit Mertajam dan Kulim, anda memang terbaik. Teruskan memberi sokongan solidariti kepada NUBE.