Sungai Petani, Kedah 13 Jun 2023 - NUBE NR PKP yang diwakili oleh AJK Cawangan Sdri Siti Haryati bersama AJK Kerja Sdri Suhaili dan Sdri Nurul Huda telah membuat lawatan kerja dan mengedar naskhah 'SUARA NUBE' Edisi Khas di beberapa cawangan bank di sekitar Sg Petani Kedah. Antara bank yang dilawati adalah HLBB Lagenda Heights, Affin Bank Lot 88, MBSB Sg Petani, RHB Bank Dan Public Bank Tmn Pekan Baru.
Ahli- ahli NUBE NR PKP berasa bersyukur dan berterima kasih atas hasil kebijaksanaan Kepimpinan NUBE dan solidariti yang jitu membawa kepada keberhasilan rundingan Perjanjian Kolektif (CA) yang mantap dan lebih wajar demi kesejahteraan bersama.
Banyak kemajuan yang progresif telah dicapai dalam Perjanjian Kolektif (CA) ke - 19 kali ini membuatkan ahli - ahli NUBE telah memperoleh manfaat yang paling terbaik. Terima Kasih NUBE Malaysia.
HIDUP NUBE!!
Satu Untuk Semua,
Semua Untuk Satu