8 June 2023, Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh dianggotai oleh Bro. Thiagarajan, Bro Afzainizam, Sis Sharen Kaur & Bro Nasirudin telah mengunjungi Maybank cawangan Pasir Puteh.
Para ahli telah dikemaskini dengan beberapa isu semasa yang berbangkit. Mereka juga dinasihatkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh NUBE dan IRC baru juga telah dilantik.
Barisan pegawai NUBE turut mengadakan pertemuan dengan Penolong Pengurus Cawangan, Cik Maizura Binti Mohd Saidi.
Para ahli merasa berpuas hati dengan maklumat-maklumat terkini dan amat gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.