“Kalau dah tertulis ianya adalah rezeki kita, dihempap gunung pun akan tetap jatuh ke tangan kita. Rezeki tidak pernah salah alamat. la sudah diatur untuk semua penerimanya...”
“Perjanjian Kolektif Yang Terbaik….thumbs up!!!”
Alor Setar , Kedah 13hb Jun 2023 -
Begitulah respon yang ikhlas daripada Ahli-ahli NUBE NR PKP Zon 1 Alor Setar kepada Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE PKP Sdr. Zaini Halidan dan Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr. Abd Manan Saad dan Sdr. Mohammad Syukri Abdullah sempena lawatan kerja di beberapa cawangan bank mereka hari ini.
Bersempena dengan lawatan itu juga, mereka juga telah diberi beberapa naskah akhbar “Suara NUBE” edisi khas Perjanjian Bersama MCBA/NUBE untuk tatapan dan rujukan mereka.
Rata-rata kesemua Ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRC) dan ahli-ahli amat berterima kasih kepada barisan kepimpinan tertinggi NUBE kerana telah merealisasikan beberapa tuntutan dengan keputusan yang amat baik.
“Kami bangga menjadi ahli NUBE!!!….Salam solidariti dari ahli-ahli NUBE Zon Alor Setar”
Hidup NUBE & Terima kasih NUBE