Pergi Mentakab membeli sepatu,
Jalannya jauh penuh berliku,
Biar jauh beribu batu,
NUBE tetap dihatiku.
Mentakab, 19 Jun 2023 - Naib Pengerusi NUBE KLSP, Sdra Mohd Faisal Husin dan AJK cawangan NUBE KLSP, Sdra Yushamizan Yusoff telah turun untuk memupuk semangat ahli-ahli di RHB Bank cawangan Mentakab dalam mempertahankan hak mereka.
Ahli-ahli ini di ugut dengan pemindahan atas alasan satu cawangan hanya perlukan tiga orang Juruwang.
Selanjutnya, Mesyuarat Am telah dijalankan dengan perlantikan wakil NUBE KLSP (IRC) di cawangan ini.
Sesi lawatan ini juga berbaloi bagi dua orang AJK Kerja NUBE KLSP di Pahang iaitu Sdra Syafie Abdul Latif dan Sdra Mohamad Khuzairi Mohd Azan kerana menimpa ilmu dan pengalaman menangani cabaran yang dihadapi oleh ahli-ahli.
Alhamdulillah, lawatan sehari ini berjalan lancar dengan ahli-ahli turut diberikan naskah Suara NUBE terkini yang mengandungi inti-pati Perjanjian Kolektif yang baru ditandatangani pada 12 April 2023.
NUBE KLSP setia bersama ahli.
#NUBEdihatiku
#NUBEKebangaanku
#nubeklsp
#nube