Georgetown, Penang 13 Jun 2023 - Pegawai - pegawai NUBE NR PKP Bro Abdul Ghani Abu Bakar bersama Bro Mohamad Rizal Othman telah membuat lawatan untuk mengedarkan naskhah 'SUARA NUBE' Edisi Khas.
Terbitan 'SUARA NUBE' Edisi Khas Kali ini merupakan terbitan mengenai kejayaaan Perjanjian Kolektif (CA) ke -19 yang terbaik telah dimeterai antara MCBA & NUBE Malaysia.
Antara cawangan bank yang telah menerima naskah tersebut adalah CIMB Bank Seberang Jaya, MBB Seberang Jaya, Public Bank Seberang Jaya dan Hong Leong Bank Seberang Jaya
Ahli- ahli mengucapkan rasa syukur dan sangat berterima kasih kepada kepimpinan NUBE yang diterajui oleh SUA NUBE Sdr J Solomon dan berjanji akan terus memberi sokongan kepada NUBE.