AJK NUBE KLSP, Sdra Yeow Kai Xien bersama Setiausaha kerhormat NUBE KLSP Sdri A.Karuna, serta AJK Kerja Sdra Muhamad Shaimi bin Abdul Wahab telah mengendalikan Mesyuarat Agung di Standard Chartered Bank Subang USI.
Mesyuarat telah dimulakan dengan penerangan kepentingan IRC di sebuah cawangan oleh Sdra Yeow Kai Xien, selalu Ketua Zon tersebut, diikuti dengan perlantikan IRC di Standard Chartered Bank Subang Jaya (USJ).
Selanjutnya, ahli-ahli NUBE telah minta pencerahan berkenaan beberapa cabaran yang di hadapi, antaranya:
1. Impak pendigitalan terhadap pekerjaan pekerja sedia ada dan generasi akan datang, tidak ketinggalan terhadap para pelanggan Bank yang tidak puas hati kerana di paksa melakukan transaksi secara digital
2. Pengiraa tunggakan gaji yang mencurigakan.
3. Beberapa cabaran kerja yang lain.
Penjelasan terperinci telah diberi oleh Sis A.Karuna, berserta langkah-langkah yang harus diambil supaya perkara yang dibangkit dapat diselesaikan dengan berkesan.
Selanjutnya, Sdra Yeow Kai Xien, berkongsi kepentingan ilmu CA dan hak pekerja yang harus diketahui oleh setiap ahli bagi mengelakkan salah laku di tempat kerja, serta mengatasi penindasan oleh pihak majikan. Dengan itu, ahli-ahli Standard Chartered Bank Subang Jaya (USJ) digalakkan untuk menyertai kursus seminar NUBE yang disediakan.
Perjumpaan bersama ahli-ahli di Cawangan Standard Chartered Bank Subang Jaya (USJ) berbaloi dan ahli-ahli teruja menyertai Seminar Kesatuan NUBE untuk mempelajari lebih lanjut tentang Perjanjian Kolektif serta hak mereka sebagai seorang ahli NUBE