NUBE House KL 21/06/2023 - Pasukan media Sosial NUBE yang diketuai oleh Sdr Rahmat merangkap Pengurus Projek bersama-sama ahli pasukan yang lain telah mengadakan mesyuarat khas di dewan PC Gomez hari ini.
Mesyuarat khas yang berlangsung selama dua hari ini telah dipengerusikan sendiri oleh Setiausaha Agung NUBE Sdr J Solomon bersama Penolong Setiausaha Agung NUBE Sdri A Karuna. Antara agenda mesyuarat ini adalah sesi perbincangan antara ahli pasukan dan latihan praktikal dalam pengambilan video yang berkualiti serta latihan penulisan skrip yang lebih efektif.
Setiap ahli Pasukan media telah diberikan peranan dan tugasan spesifik mengikut kebolehan dan kepakaran masing-masing. Beberapa pelan dan konten projek telah dirangka untuk siaran di laman sosial media NUBE dan masa yang terdekat.
Diakhir mesyuarat yang diadakan 2 hari ini setiap ahli media sosial dapat memahami peranan dan juga garis panduan dalam menyediakan video yang berqualiti