Juru, Bukit Mertajam, 22 Jun 2023 - Ahli - ahli NUBE NR PKP rasa sangat berbangga dan merakamkan penghargaan jutaan terima kasih kepada barisan kepimpinan NUBE yang diterajui oleh SUA NUBE Sdr J Solomon diatas kejayaan didalam menambahbaik lebih 20 peruntukan baharu, bukan kewangan dan kewangan yang berjaya diperolehi menerusi Perjanjian Kolektif (CA) ke -19 baru - baru ini.
Itu antara respon yang diterima oleh Bro Mohamad Rizal selaku AJK Cawangan NUBE NR PKP dan Bro Shukri AJK Kerja sewaktu mereka mengedarkan 'SUARA NUBE' Edisi Khas hari ini.
Ahli- ahli NUBE NR PKP dari HLBB Autocity, Maybank Juru, Affin Bank Juru dan Standard Charted Autocity yang menerima 'SUARA NUBE' Edisi Khas turut mendoakan kejayaaan dan kemajuan NUBE Malaysia terus terpelihara dalam usaha menyediakan perlindungan sosial yang wajar khususnya untuk ahli - ahli NUBE MALAYSIA.
ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE
TERIMA KASIH NUBE