Bukit Mertajam, Pulau Pinang, 3hb Julai 2023 - Public Bank Berhad Cawangan Bukit Mertajam telah mengadakan mesyuarat tahunan bagi tahun ini hari ini. Mesyuarat ini diserikan lagi dengan kehadiran Setiausaha Kehormat NUBE Cawangan NUBE PKP merangkap Bendahari Agung NUBE Malaysia Saudara Chee Yeeh Ceeu dan Ahli Jawatankuasa NUBE PKP yang merupakan Ketua Zon 4, Saudara Karthigasan Nadarajan sebagai tetamu kehormat majlis.
Pelbagai agenda yang telah dibincangkan seperti Digitalisasi dalam kerja bagi sektor perbankan abad ini dan cara bagaimana ahli-ahli faham untuk menyesuaikan diri. Soal jawab antara ahli bersama pegawai NUBE yang hadir juga telah diadakan antaranya yang menyentuh tentang permasalahan di tempat kerja.
Barisan Ahli Jawatankuasa Penyelaras bagi tahun 2023 - 2024 juga telah dilantik pada mesyuarat ini supaya hubungan erat diantara ahli dan Barisan kepimpinan NUBE Cawangan PKP terus terjalin dan kerjasama yang baik dapat diteruskan seperti sediakala. Berikut adalah senarai nama ahli yang telah dilantik :-
Pengerusi : Sdr Sheik Muzamil Bin Abdul Wahab
Naib Pengerusi : Sd Suhaimy Bin Abdul Salam
Setiausaha : Sis Tan Shen Hiang
Bendahari : Sdr Mohd Suid Bin Japar
Ahli jawatankuasa : Sdr Mohd Shaiful Nizam Bin Ahmad (Hire Purchase Centre)
Ahli jawatankuasa : Sdri Yeap Choon Yew (Credit Department)
Dipenghujung mesyuarat NUBE Cawangan PKP telah dihadiahkan satu television pintar berjenama LG UHD Ai ThinQ 65inci Smart TV oleh ahli-ahli NUBE cawangan Public Bank Bukit Mertajam. Mereka telah mengutip kutipan antara mereka sempena penyelesaian yang
terbaik
Perjanjian Kolektif NUBE/MCBA yang ke-19 baru-baru ini bagi membeli hadiah ini.
Bagi pihak NUBE Cawangan PKP ribuan terima kasih kepada ahli-ahli NUBE Public Bank Bukit Mertajam diatas segala sokongan yang tidak pernah putus diberikan kepada NUBE diperingkat cawangan mahupun diperingkat Kebangsaan.
Teruskan bersolidariti dan Hidup NUBE!