Pada 20hb Jun 2023, Ahli Jawatankuasa NUBE Cawangan Ipoh iaitu Bro Afzainizam dan Sis Sharen Kaur telah melawat Affin Bank, Greentown.
Dalam pertemuan itu, ahli-ahli telah dikemaskini dengan isu-isu semasa dan mereka juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan NUBE dan menyertai aktiviti dan seminar yang dianjurkan oleh kesatuan.
Barisan pegawai NUBE turut mengadakan pertemuan dengan Pengurus Cawangan Pn Ng Wai Fong.
Semua ahli berpuas hati mendapat maklumat terkini dan menghargai kehadiran Pegawai NUBE ke cawangan mereka.