7 Julai 2023, Sungai Petani - Ketua Zon SP - NUBE NR PKP iaitu Sdri Siti Haryati selaku AJK Cawangan bersama AJK Kerja iaitu Sdra Elias, Sdri Suhaili, Sdri Nurul Huda Dan Sdri Yuslina telah membuat lawatan kerja di Cimb Bank Wisma Ria, Bank Islam Ar Rahnu Sg Petani, Maybank Central Square dan Public Bank Sdc/Rcc Sungai Petani.
Berikut merupakan antara isu utama yang disuarakan oleh Ahli - ahli Kesatuan semasa lawatan kerja di jalankan:-
1) Pemotongan Cukai LHDN.
- Ahli Kesatuan dinasihatkan untuk membuat semakan dan memastikan maklumat peribadi terkini dikemaskini.
- Ahli boleh meminta jadual pengiraan tax dari pihak bank dan mereka juga boleh merujuk dengan Ketua Zon di cawangan mahupun LHDN bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
2) Apakan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya ahli Kesatuan menerima surat tunjuk sebab, surat penerangan atau pun surat pertukaran dari Majikan?
- Mereka dinasihatkan supaya tidak berdiam diri namun perlu segera merujuk pihak Kesatuan dan tidak membuat sebarang tindakan secara melulu dan bersendirian.
Ahli-ahli dinasihatkan mengambil cakna tentang hak hak mereka dan sentiasa berhubung dengan Ketua Zon / Cawangan terutamanya apabila mempunyai sebarang persoalan atau pertikaian di tempat kerja bagi mendapatkan khidmat nasihat kerana kami di Cawangan NR PKP sentiasa bersedia untuk membantu.
Syabas NUBE! Hidup NUBE!