4 Julai 2023,* Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh diketuai oleh Sdr. Thiagarajan, Sdri Sharen Kaur & Sdr Afzainizam telah mengunjungi RHB Bank cawangan Jelapang, Perak.
Antara tujuan perjumpaan kali ini adalah untuk pengedaran Suara NUBE, sambil mendapatkan pandangan ahli-ahli perihal Perjanjian Kolektif terkini. Ramai yang mengutarakan perihal pengorbanan kepimpinan tertinggi kesatuan iaitu Presiden, Setiausaha Agung & Pen Setiausaha Agung* yang bertungkus-lumus, tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk menjayakan CA yang bersejarah ini. Rata-rata semua ahli bersyukur dan menzahirkan rasa puas hati dengan apa yang dikecapi kali ini. Ahli-ahli juga berikrar untuk menjunjung nama kesatuan kesayangan sanubari iaitu NUBE, disamping memberi sokongan padu kepada pucuk kepimpinan kesatuan demi solidariti yang tidak berbelah bahagi.
Kesemua ahli yang ditemui menzahirkan rasa terharu dengan perolehan tunjangan perayaan yang berjaya dibawa ke-meja perbincangan oleh para perunding NUBE. Mereka juga melahirkan rasa berterima kasih yang tidak terhingga kepada para pemimpin kesatuan dari akar umbi hinggalah kepada pemimpin atasan kesatuan.
Barisan pegawai NUBE turut mengadakan pertemuan dengan Penolong Pengurus Cawangan Pn Ng Yoke Foong .