5 Julai 2023, Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh diketuai oleh Sdri Sharen Kaur, Sdr Afzainizam & Sdri Jayasheila telah mengunjungi Maybank cawangan Station 18, Perak.
Selain pengedaran Suara NUBE, ahli-ahli juga ditemu-bual berkenaan CA terbaru, perlindungan insurans keluarga dan kenaikan gaji pekerja baru2 ini. Zahirnya semua amat berpuas hati dengan perunding NUBE iaitu *Presiden, Setiausaha Agung & Pen Setiausaha Agung* yang berjaya memeterai CA yang terbaik.
Ahli-ahli juga sempat mengucapkan terima kasih diatas penerimaan tunjangan perayaan sebanyak sebulan gaji. Para pegawai turut berkesempatan untuk meminta ahli-ahli menyahut tawaran bank sekiranya diberi peluang seperti program Scale-Up Clerical.
Barisan pegawai NUBE turut mengadakan pertemuan dengan Pengurus Cawangan En Lim Chee Guan.